Friday, November 18, 2011

Tayar kereta bocor

Ramai pengguna kereta pastinya pernah mengalami tayar kereta bocor. Tayar kereta bocor biasanya disebabkan kita terlanggar paku,skru atau benda-benda tajam yang lain.

Sejak aku pakai kereta rasanya dah banyak kali aku alami kes tayar kereta bocor. Sesiapa sahaja yang memandu kereta kemahiran menukar tayar yang bocor dengan tayar ganti mesti ada.

Menukar tayar bukannya kerja yang susah. Cuma kerja ini menyebabkan badan kita berpeluh. Melekit-lekit. Setakat ini aku tak pernah lagi tengok pemandu wanita menukar tayar kereta mereka yang bocor. Bahagian paling susah rasanya adalah hendak membuka skru tayar kerana agak ketat.Perlukan tenaga yang kuat hendak membuka skru tayr kereta. Namun jika tahu caranya mudah saja.

Peralatan yang diperlukan:

1. Jack kereta
2. Tayar ganti - tayar ganti hendaklah sentiasa ada angin yang cukup. Tak ada gunanya tayar ganti kalau tak ada angin atau kempis.
3. Spanar pembuka skru
4. Kalau ada besi paip lagi bagus untuk dijadikan tuas spanar.

Cara menukar tayar bocor

1. Alih kereta ke tempat selamat.
2. Tarikh brek tangan
3. Letakkan jek ke bawah kereta, bahagian di mana tayar bocor. Cari tempat keras. Biasanya pada kerangka kereta. Jangan dekat bucu atau body kereta kerana tempat ini lembut.
4. Jangan jek kereta dulu. Letak saja dan jek sedikit supaya kedudukan jek tepat dan memastikan jek tidak bergerak apabila kereta diangkat.
5. Buka skru tayar sedikit dulu sekadar untuk melonggarkannya.
6. Jika terlalu ketat, gunakan besi paip sebagai sangga pada spanar pembuka tayar.
7. Jika tiada besi paip, pijak spanar dengan kaki. Naik diatas spanar tadi kerana berat badan boleh digunakan jika tangan kita tidak cukup kuat untuk membuka skru yang ketat.
8. Sudah longgar sedikit baru jek kereta ke atas. Cukup lebih kurang kalau tayar sudah tergantung sedikit dan boleh memasukkan tayar ganti yang berangin penuh. Jangan angkat kereta terlalu tinggi bimbang jek tidak stabil dan kereta boleh jatuh.
9. Jika skru sudah dibuka semuanya cabut tayar daripada kedudukannya dan cepat-cepat letakkan dibawah perut kereta berdekatan dengan tayar yang bocor tadi. Tayar ini adalah sebagai penyelamat jika jek tertanggal.Kalau jek tertanggal kereta akan jatuh diatas tayar/rim dan bukan di atas tanah.
10. Pasangkan tayar ganti
11. Pasangkan semua skru dengan tangan dulu. Kemudian ambil spanar dan ketatkan. Biasanya skru masih belum ketat kerana tayar masih tergantung.
12. Keluarkan tayar ganti daripada bawah perut kereta
13. Turunkan jek kereta dan simpan semula dalam bonet
14. Ketatkan semula kesemua skru. Ketatkan skru secara bersilang
15. Jika tidak cukup tenaga menggunakan tangan, gunakan batang besi paip atau pijak menggunakan kekuatan badan.Berhati-hati supaya tidak terlalu ketat kerana jika tidak dikawal akan menyebakan trek skru atau lubang skru terhakis atau longgar/rosak.
16. Ok sudah siap
17. Kemudian pergi ke bengkel tayar dan tampal/baiki semula tayar yang bocor tadi seberapa segera supaya kita ada tayar ganti semula.

Artikel kat atas ni adalah cara-cara aku menukar tayar kereta aku bila bocor.

No comments:

Post a Comment