Tuesday, November 8, 2011

Ada lubang kecil di bawah injin

Pagi tadi aku cek semula injin skuter aku. Aku lap dengan kain bahagian bawah injin untuk cari bahagian mana yang menjadi punca minyak injin bocor. Aku cuba nak cari sama ada di bahagian gasket atau ada retak di mana-mana. Semasa mencuci bahagian bawah injin aku rasa macam ada yang tak kena kerana ada satu bahagian tu ada tompokan kecil macam tersembul. Aku cuba cuci tak mahu tanggal daki kotoran minyak hitam di situ. Akhirnya aku biarkan selama 1 atau 2 jam sebab aku nak cek semula di mana punca bocor. Tak ada lah sampai menitik pula. Cuma kalau dah satu malam, pagi-pagi aku tengok lantai porch rumah aku basah kuyup dengan kesan minyak hitam. Kalau kena sebulan macam ni mahu kering minyak injin skuter aku.

Dua jam kemudian aku cek semula bahagian bawah injin tu. Bila aku perhati betul-betul memang punca bocornya daripada bahagian tompokan kecil tadi. Aku rasa macam ada lubang pulak. Bagi mengesahkannya aku ambil satu alat yang hujungnya tajam dan aku cuba masukkan ke tempat tompokan tadi dan jeng..jeng..jeng...memang berlubang. Hujung alat tu..aku pun tak tau apa nama alat ni masuk ke dalam tompokan kecil itu. Bila aku alihkan nampak lah minyak turun meleleh sikit. Minyak tak turun banyak sebab lubang itu kecil dan diselaputi daki minyak hitam.Saiz lubang tu aku ingat tak sampai 1 milimeter. Saiz paku kecil.

Puas aku memikir macamana boleh ada lubang kecil di bahagian itu. Mati-mati aku ingat gasket yang bocor. Kalau injin retak tu barangkali sebab aku terlanggar sesuatu. Ini lubang cantik saja. Macam ditebuk dengan gerusi saja.

Tak tau lah aku nak syak wasangka atau tidak dengan formen apek tu. Dalam fikiran aku tertanya-tanya bolehkah bahagian bawah injin skuter aku digerudi atau lubang tu memang ada?

Semasa aku hantar skuter aku di bengkel itu ada sebuah lagi skuter elegen warna merah. Aku tengok banyak yang kena baiki skuter tu. Aku memang cam skuter tu tapi tak kenal siapa pemiliknya. Yang pasti pemiliknya duduk sekitar tempat aku juga. Jika aku jumpa skuter tu dengan pemiliknya aku bercadang hendak bertanya skuter dia rosak apa, berapa kos dan ada masalah atau tidak selepas dibaiki sebab skuter tu aku perasan berada kat bengkel tu selama dua hari.

No comments:

Post a Comment