alat ni nama apa tak tahu..
Nissan vannete aku akhirnya aku tukar kepada sistem elektronik kerana rasanya dan 3 atau 4 kali kena ganti contact point .pakai contact point rasa bimbang takut rosak tengah jalan. Ada dua benda yang aku ganti untuk menukar sistem contact point kepada elektronik. Satu nama dia distributor, satu lagi aku dah tak ingat nama dia..(nanti aku cari dulu..)
Contact point kalau rosak ada petanda kerana injin akan semput dulu. Tapi kalau pakai sistem elektronik tiada amaran. Dia terus rosak. Aku pernah kena sekali kereta proton saga aku rosak sistem elektronik di pondok tol batu 9 Cheras. Kereta aku kena tolak ketepi dan nasib baik ada kawan tolong aku panggilkan mekanik. Aku suruh tukar yang baru, mekanik tu ganti secondhand saja.Kemudian aku kena bayar mahal pula sebab rosak tengah jalan..
No comments:
Post a Comment