Friday, November 18, 2011

Bateri kereta

Kalau bateri kong kereta memang tak boleh start.

Kadangkala berlaku alarm kereta berbunyi semasa nak hidupkan injin dan kereta tak boleh di start. Ini adalah petanda bateri kekurangan kuasa.

Nak tahu bateri kita kuat kuasanya tekan sahaja hon kereta. Jika hon berbunyi maknanya bateri masih ada kuasa. Kalau tak berbunyi memang sah bateri sudah kong. Kong maksudnya bateri sudah rosak. Jika bateri basah, hantar kedai untuk dicaj semula adalah kerja sia-sia. Bateri tu tahan satu dua hari saja. Selepas itu  kuasanya akan hilang semula. Ini petanda kita kena beli bateri baru.

Sepanjang aku memakai kereta aku biasanya guna bateri basah saja. Terakhir pemilik bengkel syorkan aku guna bateri sel kering kerana tak perlu penjagaan iaitu isi air bateri. Walaupun harganya agak mahal berbanding bateri sel basah tapi  aku memang puas hati kerana selama aku memakai bateri sel kering tersebut aku lansung tak perlu isi air bateri. Sebelum itu semasa aku pakai bateri basah, selalu saja air bateri aku hampir nak kering kerana aku tak rajin hendak memeriksa air bateri.

Hayat bateri basah biasanya 1 tahun. Kadangkala sampai dua tahun bateri basah bertahan. Semua ini aku sudah merasa. Kadangkala bateri basah yang aku pakai tak sampai setahun sudah rosak.

Bateri sel kering ada kaca lutsinar untuk kita melihat ke dalamnya. Mengikut mekanik tempat aku membeli bateri itu, jika cahaya warna hijau maknanya bateri sel kering itu elok. Jika warna hijau hilang, bateri itu rosak. Ini tak tahulah aku betul atau tidak sebab bateri kereta kancil aku masih elok. Yang bateri Exora  aku tak perasan pulak bateri dia boleh tengok isi dalamnya atau tidak. Ada ke tidak warna hijau tu aku belum tahu.

Kereta gear manual boleh ditolak kalau injin tak boleh start

Syaratnya, kuasa bateri kena ada sikit. Kalau bateri tak ada kuasa langsung, tolak pun tak hidup. Ini pengalaman aku la..

Aku pernah juga beli jumper bateri tu, tapi hampeh tak boleh guna. Sebabnya jumper yang dijual di pasar raya tu harganya murah. RM15 atau Rm20.Kepala dia kecil jadi cekam tak kuat. Mekanik punya jumper biasanya besar. Jadi jumper tu kuat cekam pada kepala bateri.

Cara nak hidupkan injin dengan menolak kereta

Sebenarnya menghidupkan injin cara menolak kereta ni bukannya elok sangat. Tapi daripada tak hidup baik hidup ..

1. Suruh orang lain tolak la. Tak kan nak tolak sendiri
2. Mula-mula kunci kena pada posisi ON. Kalau OFF buat penat saja orang menolak kereta kita
3. Masuk gear DUA dulu dan tekan CLUTCH berterusan
4. Suruh orang tolak
5. Bila kelajuan sesuai lepaskan CLUCTH
6. Kalau tak ada masalah atau kerosakan lain, biasanya injin kereta akan hidup
7. Bila injin hidup, cepat-cepat tekan clutch semula dan cuba REM injin (main minyak) supaya injin yang baru hidup tadi stabil dan  injin tak mati semula.
8. Dah elok hidup, pergi bengkel beli bateri baru

Ini cara aku hidupkan injin kereta kalau suruh orang tolak.
Aku selalu tengok orang guna gear satu. Gerakkan kereta dulu, dah laju sikiut baru tekan clucth dan masuk gear satu. Cara ini agak susah sebab pemandu lambat bertindak dan kereta akan tersentak kerana gear satu lebih berat daripada gear dua.

Kalau pakai kereta gear automatik tak boleh tolak. Kena ganti bateri dulu baru boleh hidupkan injin kereta.

No comments:

Post a Comment