Monday, November 7, 2011

Kena tinggal skuter kat bengkel

Pagi tadi aku pergi tanya bengkel tempat aku beli skuter ni. Tanya kat John apa yang tak kenanya dengan minyak hitam yang bocor tu.Sambil-sambil tu aku sempat bagitahu yang skuter aku rosak semula lepas dia baiki hari tu. Aku tak salahkan dia sebab baiki motor ni kira-kira macam try and error je.

Kadangkala benda yang kita baiki kali pertama bukannya masalah dia sebenarnya. Sebelum tu John cuma tukar air filter dengan longgarkan jarum karburetor sebab dia kata ketat sangat. Lepas rosak semula skuter tu. Start, injin hidup dan terus mati semula. Rupa-rupanya getah vacumm dalam karburetor tu yang perlu diganti. Terpaksa aku pergi bengkel yang dekat dengan rumah untuk membaikinya. Skuter elegan ni agak berat, susah nak tolak ke bengkel tak sama macam motor kapcai sebab ringan.Lagipun kerana dia pakai sistem CVT yang guna tali belting tu bersambung dengan injin. Inilah punca dia berat. Kalau pakai kapcai dia guna rantai. Free gear, ringan saja nak tolak.

John bagitau aku kena tinggal skuter tu sebab ambik masa lama nak tukar gasket. Aku pikir kalau tukar gasket memang kena isi semula minyak injin baru. Akhirnya aku ambil keputusan tunggu dulu.Aku buat lain hari sajalah.Dah banyak kurang minyak injin nanti baru aku pergi balik. Aku bengang betul dengan bengkel yang dekat rumah aku ni. Tak tau apa dia buat sampai minyak injin sekuter aku bocor. Skuter aku ni bukannya jalan jauh hari-hari. Dekat-dekat rumah aku saja sebab tempat kerja aku dekat dengan rumah. Tak sampai 1 KM pun. Tak la lasak sangat.Itu pun sekali-sekala aku masuk KL kalau ada hal. Yang penting skuter aku sebelum itu minyak injin dia tak bocor lansung. Ni tak pasal-pasal bocor. Bukan bocor sesikit. Banyak. Tiap kali aku ubah kedudukan skuter ni tiap kali itu jugalah minyak menitik ke lantai porch. Dah bertompok-tompok pulak jadinya.Sekarang ni porch rumah aku dah berminyak-minyak sana sini.

Ni pulak pengalaman orang lain yang mengahdapi masalah minyak injin bocor. Bukan skuter tapi kereta..

aduh..lepas aku baca blog di atas teringat pulak aku injin skuter aku bau hangit.. mamat ni bagitau penyejuk injin kereta dia jadi tidak berfungsi menyebabkan injin menjadi terlalu panas menyebabkan gasket bocor. Injin kereta dia panas sampai bau hangit.

Alamak..gasket bocor sebab terlalu panas disebabkan sistem penyejuk tidak berfungsi. Esok kena la aku cek sistem radiator. Sekarang dah lebih 12 malam dah..

No comments:

Post a Comment