Wednesday, November 9, 2011

Sudah tak bocor lagi

Dah dua hari skuter elegan aku tak bocor lagi. Apa tidaknya, lubang kecil yang aku jumpa dah aku tampal dengan silikon. Silikon yang diguna antara gasket untuk mencantumkan bahagian injin. Silikon ni dulu aku beli masa aku ganti waterpump radiator kereta proton aku dulu. Jiran aku yang buatkan.Aku beli barang saja.
Aku baca pada label luar bekas silikon tu katanya tahan panas. Entahlah sampai bila akan bertahan.

Sehingga hari ini aku memang myuskil sesangat. Macamana ada lubang kecil pulak bawah injin skuter aku. Kalau lubang itu kesan retakan aku taulah mungkin terlanggar sesuatu.Lagipun kesan retak ni berselirat macam urat atau akar pokok. Ini lubangnya kecil dan cantik seperti lubang skru sahaja.

Adakah skuter aku dikhianati mekanik bengkel tempat aku membaiki kerosakan skuter aku tempohari.
Ini antara ayat yang disebut oleh apek mekanik tu semasa menerangkan proses dia membaiki skuter aku:

Aiyaa..ini elegan banyak susa maa..

Ini ada satu elegan (warna merah).Tak boleh buat. Kena simpan dulu.Satu hari buat tak boleh ma..Esok sambung balik..

Banyak boring la baiki you punya elegan. 3 jam oo buat kerja.

Dan paling akhir sebelum aku ambil skuter aku yang siap dibaiki, "nanti kalau minyak hitam bocor, itu tanda dia punya oilseal sudah keras. Kena tukar loo..

Aku tanpa ada syak wasangka terus saja bayar bil dan bawa balik skuter elegan aku sehinggalah esok pagi aku tengok lantai porch rumah aku basah dengan minyak hitam.. Puas aku mencari sebab di mana punca kebocoran. Aku bersihkan banyak kali bahagian bawah injin untuk melihat kot-kot ada bahagian gasket yang bocor tapi tidak berjumpa sehinggalah aku terjumpa lubang kecil itu yang menjadi punca kebocoran.

Kalaulah betul skuter aku dikhianati mekanik tak taulah aku nak kata apa. Mungkin dia berharap aku akan datang semula ke bengkel dia untuk membaiki kerosakan tersebut. Memang aku sudah tanya kos untuk membaiki kerosakan tersebut. RM315 katanya. Tapi aku tak mahu baiki dulu. Aku katakan nanti aku cari buget dulu baru hantar semula.

Sekarang ni aku dah serik pergi ke kedai itu lagi.. Nantilah kalau sempat nanti aku ambil gambar dan upload gambar bengkel tersebut.

2 comments:

  1. lubang kecil kat bawah tuu mmg ada .. rasa rasanya utk overflow kot .. tapi mmg ada .

    ReplyDelete
  2. masalahnya sebelum aku baiki skuter aku takde masalah minyak pelincir bocor lansung. bawah injin tu bersih saja..

    ReplyDelete