Monday, November 7, 2011

http://mukaharena.webs.com/cartips.htm

Tips penjagaan gearbox

Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta. Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box. Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa ini minyak injin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi di dalam injin akan dibuang bagi mengelakkan injin dan gear box terhakis.

Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda. Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda. Bagi manual, setiap 40,000 atau 50,000 km tukar minyak gear box anda. Perkara ini sangat penting bagi menjamin gear box anda sentiasa bergerak lancar dan dalam keadaan "normal operating temperature" sepanjang masa. Bagaimanapun millage yang perlu bagi menukar minyak gear box bergantung kepada kereta dan jenis gear box
(ikut panduan dalam manual kereta). Saya cadangkan setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment. Setiap kali service kereta, minta mekanik memeriksa sekali paras minyak gear box kereta anda. Pastikan ia berada melebihi paras minima. JANGAN MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK GEAR KURANG DARI PARAS MINIMA BAGI MENGELAK KEROSAKKAN GIGI GEAR.

Bagi kereta manual, semasa memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki anda di atas pedal clucth. In boleh memendekkan jangka hayat clucth plate nada dan merosakkan gigi gear kereta anda. JANGAN CUBA LAKUKAN 'SPIN WHEEL'. Laraskan paras clucth supaya berada dalam keadaan yang sesuai dengan panjang kaki anda (minta bantuan mekanik). Jangan paksa sekiranya gear tak masuk sebaliknya cuba lepaskan handbrek dahulu
(terutama kancil). Semasa berada di lampu traffic, naturalkan gear dan tarik handbrek. Jangan biar injin melahu dalam keadaan bergear. Minta bantuan mekanik untuk mengenalpasti kelajuan maksimum gearbox kereta anda dan jangan memandu melebihi kelajuan maksimum ini.

Bagi kereta auto, pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3. Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong, gunakan "overdrive button". Sekiranya kerata anda tidak mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan tidak pada wira 1.3, 1.5 ,kancil), anda perlu menerima hakikat yang kereta anda tidak boleh dipandu secara aggresive. Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button. Bayangkan pada kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3. Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita tidak dapat mendaki cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah
(bergantung pada jenis kereta).

Bagi kereta semi auto, triptronik, steptronik. Penggunaan minyak gear box yang direkomenkan oleh pengeluar adalah sangat mustahak. JANGAN SEKALI-KALI MENUKAR JENIS MINYAK GEAR BOX KECUALI MENDAPAT NASIHAT DARIPADA PENGELUAR. Penukaran gear dari tinggi ke rendah juga mesti mengikut kelajuan yang disarankan oleh pengeluar.

Sekiranya terdapat lelehan atau kebocoran minyak atau minyak keluar dari gearbox anda, jangan panik, gear box anda tidak rosak, kemungkinan cuma oil seal gear box sudah 'mati'. Cuma periksa paras minyak gear box dengan lebih kerap dan pastikan ianya sentiasa cukup. Setiap kali kita menukar clucth plate, tukar juga oil seal walaupun ianya tidak bocor kerana jangkahayat oil seal dalam gearbox biasanya sama dengan jangkahayat clucth plate.

akhir sekali, sekiranya anda menggunakan kereta auto buatan Eropah atau bukan Jepun, pastikan jangan usik apa-apa wayar yang bersambung dengan gear box apabila upgrade sistem bunyi, alarm atau apa-apa pengubahsuaian. Dan cuba 'belai' dan 'memandu dengan lemah lembut', kerana kalau gear box rosak, kos membaiki purata RM2000 dan untuk menukar gear box RM7000 (kedai potong) atau RM12000 (recon dan disahkan EON)(kecuali Perdana V6 = RM 22000).

Fahami Kod Tayar

Sebagai pemilik kenderaan dan pengguna anda perlu mengetahui beberapa kod penting terdapat pada bahagian sisi tayar sebagai rujukan.
Ia untuk memastikan anda membeli tayar berkualiti dan tahan lama. Setiap tayar mempunyai maklumat terperinci berhubung jenis, saiz, keupayaan, minggu dan tahun keluarannya.
Sesiapa saja boleh memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang sesuai dan selamat bagi kenderaan masing-masing. Cara paling mudah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.
Ikuti makna nombor penting bagi sesebuah tayar:
- Untuk mengetahui usianya sila periksa bahagian tepi tayar yang terdapat kod nombor minggu dan tahun. Contohnya kod 2206 bermaksud tayar berkenaan dihasilkan di kilang pada minggu ke 22 pada 2006. Kebanyakan pengeluar mengesyorkan jangka hayatnya ialah selama lima tahun dan jika lebih bermakna sudah luput tarikh dan dinasihatkan tidak gunakan pada kenderaan.
- Pengguna juga perlu memahami nombor berikut yang terdapat di bahagian sisi tayar contohnya - 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. Biasanya, jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 ialah nisbah aspek (aspect ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding lebarnya. Maksudnya ketinggian tayar adalah 70 peratus kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 ke bawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin terjejas sedikit.
Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan ke semua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus.
Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar diameter lebih besar anda perlu menukar rim kepada diameter yang sama.
Nombor 82 melambangkan indeks keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksimum berlambangkan nombor "82" perlu merujuk kepada carta "Indeks Keupayaan Mengangkut Berat Tayar" yang
ditetapkan di peringkat antarabangsa.
Sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksimum 475kg. Berat maksimum merujuk kepada setiap tayar, kita perlu mendarabkan empat kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (Contoh: 475 x 4 = 1,900kg)
Huruf H terakhir menyatakan kelajuan maksimum sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan "H" dalam contoh, bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j.
Di bawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.
- S - 180 km/j
- T - 190 km/j
- U - 200 km/j
- H - 210 km/j
- V - 240 km/j
- Z - melebihi had laju 240 km/j
- W - 270 km/j
- Y - 300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 ksj, huruf ZR akan digunakan.

Tips mengenai sistem brek (drum dan disk)

Seperti yang kita tahu, brek sangat penting dalam sebuah kereta. Tanpanya tak mungkin kita berani memandu kereta tersebut sekiranya kita mengetahuinya.

Nasihat saya kepada pemilik kereta yang telah menukar injin kereta mereka kepada injin yang mempunyai "kuasa kuda membrek" atau BHP yang lebih tinggi (lebih 25 bhp ke atas), pastikan anda memeriksa dan menilai kembali sistem brek original yang ada pada kereta anda. Jangan kerana nak jimat, anda abaikan sistem brek anda. Lebih baik sekiranya semasa anda membeli haftcut kereta anda, beli bersama sistem brek kereta tersebut dan pasangkan pada kereta anda. Pernah saya berjumpa dengan kancil yang telah di tukar injin kepada Mira L5 tapi sistem breknya masih original. Dan kebetulan semasa keluar dari bengkel, keadaan kecemasan berlaku dan kereta tersebut tidak dapat berhenti walaupun pemandu mengatakan dia tekan brek sampai berdiri.

Sistem asas brek terdiri dari disk atau drum, pelapik brek (pad brek), saluran minyak, pam vacum(objek besar hitam bulat leper betul-betul di hadapan steering dalam kompamen injin), tabung minyak injin, padel brek
(tempat tekan brek). Kesemua peralatan asas yang di atas mestilah dijaga dengan baik supaya brek berkesan.

Kereta baru. Semasa service pertama, minta mekanik memeriksa kesemua disk dan drum brek termasuk pelapik brek. Pastikan pelapik brek betul betul terapung di antara dua angkup dan disk berada di tengah. Untuk drum, pastikan pelapik brek tidak menyentuh drum atau kesan geseran aygn kelihatan adalah sama rata. Jika tidak rata, minta mekanik periksa kerana perkara ini akan menjadi masalah bila ia dibiarkan. Kalau dapat minta mekanik melaraskan pedal brek supaya tidak terlalu 'makan' mengejut dan sesuai dengan panjang kaki kita. Sekiranya minyak brek sudah kotor(keruh warnanya), minta mekanik tukar.

Cara penjagaan sistem brek.

1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.

2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira kita dapati pencengkam 'makan' tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.

3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.

4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.

5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.

6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek 'jam'. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.

7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.

8. Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek dan sistem brek anda telah ditukar tanap kebenaran JPJ.

9. Semasa memandu elakkan kaki daripad sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.

10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.

11. Sekiranya anda suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih cepat apabila padel ditekan.

Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta anda untuk ditukar minyak injin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek, minyak gear box, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras padel brek dan clucth, tekanan angin tayar, aligment tayar, spark plug, penapis angin, penapis petrol dan sebagainya. Jangan cuma tukar minyak hitam saje kerana peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila kita menghantar kereta untuk di service dan kita dikenakan bayaran yang tinggi untuk upahnya.
 

Cuci Kereta

PEMILIK kenderaan suka melihat kereta bersih dan berkilat manakala bahagian enjin pula tidak comot. Untuk membersihkan enjin, jangan menggunakan air kerana pada permukaan enjin ada banyak kesan minyak yang tidaK dapat dihilangkan dengan air.
Penggunaan air juga boleh menyebabkan litar pintas dan kereta akan meragam. Seelok-eloknya gunakanlah bahan yang paling klasik iaitu minyak tanah untuk menghilangkan minyak dan gris pada permukaan enjin.
Tetapi lebih mudah lagi sekarang ada banyak bahan pencucian yang dijual di kedai aksesori untuk menghilang gris dan tar. Semburkan bahan berkenaan di tempat yang perlu, biarkan ia meresap kemudian lap dengan kain kering.
Gris dan sisa minyak pelincir perlu dibersihkan dengan segera daripada bahagian luaran enjin kerana boleh merosakkan tali kipas, paip getah dan kabel elektrik. Selain gris, debu atau lumpur yang melekat pada komponen elektrik seperti alternator (motor penghidup), generator, gegelung penghidup, pengagih dan lampu
boleh menyerap wap air dan boleh menyebabkan litar pintas. Pada terminal bateri pula jika terlihat ada endapan berwarna putih, siramlah dengan air panas kemudian bersihkan dengan kain. Endapan itu dapat dihilangkan dengan mudah tetapi jaga jangan sampai air masuk ke dalam bateri. Lubang pengudaraan pada penutup bateri juga perlu dipastikan sentiasa terbuka.
Ketika mencuci bahagian enjin, pemilik kenderaan dapat memastikan jika ada kebocoran minyak pelincir, elemen penting bagi menjamin kesinambungan kerja setiap bahagian yang bergerak. Oleh itu, jika tahu ada kebocoran minyak pelincir, cari segera puncanya dan tambahkan minyak pelincir jika kurang. Dalam keadaan biasa, selepas beberapa tahun, gasket kebuk enjin akan bocor sedikit dan minyak pelincir akan menitis. Ini dapat dilihat pada lantai tempat kereta diletakkan. Jika jumlah titisan itu banyak,mungkin gasket di oil sum yang rosak.
Dalam keadaan biasa minyak pelincir akan berkurang menerusi pemeluwapan dan pembakaran. Tapi jumlahnya tidak banyak kira-kira 1/300-1/500 daripada jumlah penggunaan petrol. Jumlah minyak pelincir boleh dipastikan dengan memeriksa tolok sukat. Baik periksa sendiri kerana jika dibiarkan juruteknik stesen minyak memeriksanya, dalam banyak keadaan anda sebenarnya membantu memajukan perniagaan mereka.
Untuk membersihkan bahagian luar adalah lebih mudah. Hantar saja ke bengkel mencuci kereta dan bayar antara RM5 dan RM10. Dalam tempoh setengah jam, kereta anda sudah bersih dan cantik semula. Namun jika anda mahu membasuh sendiri, anda perlu menggunakan sabun yang sesuai untuk pencucian kereta. Sabun basuh tidak sesuai dan kelorok tidak sesuai. Lazimnya, kereta baru dicat dengan cat bermutu tinggi. Jika permukaan itu tidak dibersihkan dengan baik, cat akan cepat rosak.
Debu dan lumpur yang melekat pada badan kenderaan akan menyerap wap air dengan cepat dan merosakkan
permukaan cat. Selain nampak comot, cat akan luntur dan mudah menjadi retak-retak. Langkah pertama membersihkan kenderaan ialah menghilang debu dengan membuat semburan tanpa menggunakan sabun.
Apabila permukaan badan kenderaan berada dalam keadaan kering dan tidak terlalu kotor, debu yang melekat dapat dihilangkan dengan bulu ayam. Tetapi, jika kotoran tidak dapat dihilangkan, gunakan kain bersih basah. Penggunaan kain kering akan menyebabkan calar atau gurisan pada permukaan cat. Ini disebabkan kotoran
berkenaan mempunyai butir debu keras dan pasir.
Apabila membasuh kenderaan menggunakan sabun, jangan biarkan sabun melekat terlalu lama di badan kenderaan kerana ia akan meningkatkan partikel bintik-bintik putih serta bahan kimia sabun boleh memakan cat.
Setelah dibasuh, keringkan badan kereta dengan kain bersih. Untuk hasil yang lebih baik setelah kereta kering sapulah wax (lilin). Selain menambahkan kilat kereta, wax bertindak melindungi permukaan supaya tetap menarik dan hidup.

Senggara enjin kenderaan..

Semakin ramai di kalangan wanita yang memandu sendiri kenderaan sama ada ke tempat kerja atau untuk urusan harian seperti menghantar anak ke sekolah. Satu hal yang perlu diambil berat bagi yang memiliki kereta
sendiri ialah menyelia dan menyenggaranya supaya ia sentiasa berkeadaan baik. la perlu dilakukan mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan kereta selamat digunakan.
Perkara-perkara yang perlu diseng-garakan pada bahagian enjin ialah:
+ Menukar minyak enjin
+ Menukar penapis minyak enjin
+ Menukar penapis udara
+ Menukar tali sawat injap
+ Melaras tali sawat
+ Enjin coolant (air radiator)
+ Melaras kelegaan injap (valve clearance)
+ Sambungan paip dan hose radiator 
+ Pemegang enjin (engine mounting).
Terdapat beberapa sub-sistem pada enjin kereta:
+ Sistem penyejukan (cooling system)
+ Sistem pelinciran (lubrication system)
+ Sistem bahan api (fuel system)
+ Sistem nyala (ignition system) 
+ Sistem mekanisme injap (valve mechanism system)
+ Sistem pemula (starting system).
Enjin perlu disenggara mengikut spesifikasi yang disyorkan oleh pengeluar enjin agar ia boleh beroperasi dengan sempurna. Perkara asas senggaraan pada sesebuah enjin adalah:
Menukar minyak enjin
Penukaran minyak enjin (orang panggil ‘minyak hitam’) dibuat setiap 5000 km atau tiga bulan atau yang mana sampai dahulu. Jarak dan bulan penukaran ini tidak sama antara satu kenderaan dengan kenderaan dan ia
juga bergantung kepada keadaan atau tempat di mana kenderaan itu digunakan serta mutu minyak yang dipakai.
Menukar penapis minyak enjin (oilfiller)
Kebiasaannya ia ditukar sekali pada setiap dua kali penukaran minyak enjin. Pastikan jenis penapis yang disyorkan adalah tulen dan mengikut spesifikasi.
Menukar penapis udara (air filter)
Kebiasannya ia akan diperiksa pada setiap 10,000 km atau enam bulan atau yang mana dahulu. Keadaan penapis itu akan menentukan sama ada ia perlu ditukar atau dibersihkan. Menggunakan penapis udara yang kotor atau tersumbat boleh mengakibatkan penggunaan bahan api yang tinggi dan ia juga boleh mengakibatkan kerosakan pada piston dan jara (dinding silinder). Pastikan penapis yang ditukar adalah tulen dan mengikut
spesifikasi.
Menukar tali sawat injap (timing belt)
Penukaran ini dibuat pada setiap 100,000 km perjalanan. Kegagalan menukarnya boleh mengakibatkan ia putus dan akan memudaratkan mekanisme injap, juga piston.
Melaraskan kelegaan injap masukan dan injap ekzos (inlet dan exhaust valve)
Pelarasan ini hanya akan dibuat:

1. Selepas rombakan
2. Apabila bunyi terialu bising.
Melaras tali sawat
3. Apabila menggantikan tali sawat yang baru
4. Setelah perkakas yang dipacu herubah dari kedudukan asal
5. Berbunyi.

Penyelenggaraan Radiator

Masa : Setiap 3 bulan

1. buka kunci hos dibahagian bawah radiator (kunci ini biasanya diperbuat daripada plastik) dan penutup radiator dan biarkan air mengalir sehingga tiada lagi air mengalir daripada radiator.
2. Buka air daripada pili (mesti dengan kadar aliran yang sederhana kuat) dan masukkan ke dalam radiator, tunggu sekejap sehingga air mula keluar daripada radiator, kemudian hidupkan injin. 
3. Biar injin melahu dan air mengalir keluar sehingga air yang keluar daripada radiator tidak lagi berkarat atau berwarna teh susu atau milo.
4. Matikan injin, pasangkan kembali kunci hos di bahagaian bawah radiator dan isikan radiator dengan air pili tanpa menggunakan coolant sehingga penuh.
5. Hidupkan injin tanpa menutup penutup radiator. Sepatutnya, selepas beberapa ketika, apabila injin panas, air di dalam radiator tidak akan mendidih. Kalau mendidih, ini bermakna terdapat non function di bahagian tertentu sistem penyejukkan. Mungkin radiator tersumbat, atau termostat tidak berfungsi.
6. Perkara ini perlu dilakukkan setiap tiga bulan atau lebih kerap bagi mengelakkan radiator tersumbat atau sistem aliran air di dalam injin tersumbat dengan karat air atau karat besi. Jika ini berlaku, suhu injin tidak lagi menjadi normal dan mungkin akan naik sedikit dan besar kemungkinan, overheating boleh berlaku.
7. Penggunaan coolant boleh memendekkan jangkahayat pam air dan termostat dan juga boleh menyebabkan radiator tersumbat.
8. Sekiranya radiator tersumbat, terdapat kedai yang boleh membersihkan radiator tanpa perlu menanggalkan radiator dengan menggunakan mesin khas. Harga upah dalam sekitar RM35-RM50. Saya akan cuba dapatkan alamat kedai tersebut dan akan emailkan kemudian.
9. Sekiranya radiator bocor, saya nasihatkan, ambil tindakan segera dengan menukar radiator (samada baru atau secondhand (kedai potong)) kerana jika kita biarkan, kemungkinan overheating boleh berlaku dan kos mewmbaiki overheating ialah disekitar RM1000 - RM1500 bergantung kepada teruknya kerosakan.

Tayar Haus Antara Punca Kenderaan Bergetar

Ada ketikanya pemandu kereta tidak selesa apabila stereng yang dipegang bergetar dan tidak stabil kerana berat ke sebelah kiri atau kanan. Lebih merisaukan apabila seluruh badan kereta ikut bergetar.
Apabila berhadapan dengan keadaan ini, antara sebab utama kerosakan yang berlaku diberi perhatian termasuk tekanan tayar depan terlalu rendah atau ukurannya tidak sama, kehausan tayar depan tidak sama, kehausan atau kelonggaran sambungan sistem kemudi atau kotak gear stereng bergoyang, penyelarasan jajaran roda depan kurang tepat dan roda depan tidak seimbang.

Jika menghadapi masalah seperti itu pemandu dan penumpang pasti tidak selesa, lebih-lebih lagi jika sedang dalam perjalanan jauh. Untuk itu, punca kerosakan dan getaran perlu diketahui. Apabila memandu kenderaan penumpang atau trak, terutama trak kecil diatas jalan kasar atau rosak, biasanya akan terasa ada goncangan sehingga stereng perlu dipegang dengan kuat. Namun demikian, anda juga dapat merasakan adanya getaran atau goncangan pada stereng dan badan kenderaan walaupun keadaan jalanraya datar dan baik, pada suatu kelajuan antara 70 kilometer sejam (kmj) dan 80km.

Keadaan sebegini dinamakan 'shimmy'. Jadi, jika berhadapan dengan keadaan begini mula-mula periksalah tekanan tayar depan, keadaan sistem kemudi atau skru roda depan. Kemudian periksa kehausan tayar depan, sebaik-baiknya masih mempunyai rusuk bunga dengan tebal sekurang-kurangnya 2mm.
Gunakan tayar baru untuk perjalanan keluar bandar. Ada kemungkinan getaran yang berlaku boleh dihilangkan apabila tayar yang sudah haus diganti dengan tayar baru atau setelah tayar kiri-kanan ditukar kedudukannya. Namun demikian, jika getaran masih terasa juga, sebaiknya pemeriksaan dilakukan dengan lebih teliti kerana dibimbangi kerana disebabkan kehausan atau kelonggaran pada sistem rod kemudi dan sistem gantungan depan; atau kerana penyelarasan penjajaran roda depan yang kurang tepat hingga menyebabkan roda tidak seimbang. Untuk memeriksa dan membuat pembaikan bagi masalah berkenaan diperlukan alat dan kemahiran. Roda tayar dilengkapi satu alat pengimbang. Alat itu menunjukkan letak dan besarnya pengimbang yang harus dipasang pada rim roda.
'Shimmy' boleh terjadi apabila roda tidak dikunci dengan baik pada tempatnya, atau rod gandar tidak segaris dengan lubang pada roda. Jadi, banyak faktor yang boleh menyebabkan 'shimmy'; beberapa kesalahan dapat diperbaiki dengan mudah tetapi ada pula yang memerlukan kepakaran tertentu untuk mengatasinya.

Punca Penggunaan Minyak Petrol Bertambah

Sebelum ini anda mengisi RM30 untuk mengisi petrol kereta anda dan boleh bergerak hingga 200 kilometer. Kini dengan jumlah yang sama kereta anda cuma dapat bertahan 150 kilometer saja. Ada yang mengatakan kereta anda sudah kuat makan petrol.
Penggunaan petrol yang bertambah disebabkan beberapa faktor seperti kebocoran, permukaan bahan api dalam ruang pelampung karburetor terlalu tinggi, penapis udara tersumbat atau pelarasan skru pada karburetor kurang tepat.

Selain itu, ia mungkin berpunca daripada saat penyalaan kurang tepat, plag haus, suis pemutus arus terbakar, mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi, ekzos tersumbat, masalah pada cekam atau brek bergesel.

Bagi mengetahui puncanya, pertama, pemilik perlu memeriksa dengan melihat pada tempat meletak kenderaan.

Jika ada bekas titisan minyak atau terhidu bau petrol di kawasan itu, bermakna kenderaan mungkin mengalami kebocoran dan ia perlu dihantar ke bengkel untuk dibaiki. Bagaimanapun, jika kebocoran berlaku pada sambungan paip petrol, ketatkan sambungan yang longgar menggunakan spanar dan jika masih bocor, buka skru berkenaan dan lilitkan benang vinil dan ketatkan sambungan itu kembali.

Sebenarnya ada beberapa tip dan cara yang paling minimum untuk menjimatkan penggunaan bahan api sekali gus menjimatkan perbelanjaan harian anda. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.
Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak di pasaran. Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah. Umumnya cara terbaik mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin.
Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan. Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus di samping teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus atau lebih.
Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.

Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin.
Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan.

Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadarlima peratus. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.


Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi.

JANGAN hidupkan penghawa dingin sebaik menaiki kereta!

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.
Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.
Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut

No comments:

Post a Comment