Monday, October 31, 2011

RM335 kos baiki minyak enjin bocor

Petang tadi aku pergi semula bengkel hari tu nak tanya pasal minyak enjin yang bocor tu.Mekanik tu bagitau dia tak usik apa-apapun kat bahagian enjin kecuali ganti minyak injin saja.

Bila aku tanya kos untuk membaiki supaya minyak injin tak bocor katanya aku kena ganti pam minyak. Kemudian ganti minyak injin. Katanya kemungkinan juga minyak injin dah bercampur dengan air radiator. Itu ini , itu ini kosnya lebih kurang RM335. Hari tu aku dah keluarkan kos Rm230 untuk injin yang tak boleh hidup.

Tak tau lah aku nak kata apa. Skuter aku sebelum dihantar ke bengkel tersebut tiada masalah kebocoran minyak injin lansung. Itu sebab kalau motor rosak ni aku suka tunggu dan lihat sendiri mekanik baiki. Tapi mekanik tu suruh aku tinggalkan motor. Sudah siap baru datang ambil semula. Ini tak tau apa punca, tetiba je bocor. Sekarang ni tak pasal-pasal lantai porch kat rumah aku basah dek minyak hitam skuter Elegen aku bocor.

Serik aku nak hantar kedai tu lagi. Biar dululah..kena pi tanya bengkel lain dulu. Ingatkan kalau hantar semula dia akan baiki rupanya kena tambah kos lain. Aku dah le lari buget bulan ni..

Friday, October 28, 2011

Lampu biru







nak taruh benda ni mesti tak buleh..

Tak pernah pulak nampak skuter kymco kat jalan raya

Alat pengangkup?



ada jual ke alat ni?

Apa sebab




STEP 2


STEP3


STEP4


STEP5


SIAP JUGA AKHIRNYA ...HUH..

Aduhai..buang masa aku tengok video ni. part yang penting tak ditunjukkannya pulak. Aku nak tengok macamana dia pasang pulley, roller dan belting tu.Tau-tau siap dah tutup cover saja.

Thursday, October 27, 2011

Leaking pulak

Hari ni aku nak pergi solat Jumaat tengok kat lantai ada minyak hitam pulak. Alahai, ada minyak enjin bocor pulak. Sebelum aku pergi hantar bengkel, skuter Elegan aku takde pulak masalah minyak enjin dia bocor. Cuma tak boleh hidup enjinnya saja.Start enjin kemudian hidup sekejap, lepas tu mati semula. Aku memang dah syak ini ada kaitan dengan masalah sistem bahanapi. Petrol tak naik. Sebelum aku hantar bengkel, mekanik tempat aku beli skuter tu dulu bagitahu, kalau pam minyak rosak.Dia tak boleh hidup lansung. Kalau boleh hidup lepas tu mati semula itu mesti benda lain yang rosak.

Mentang-mentang lah aku tak reti baiki enjin. Aku cuak juga ni sebab masa nak ambik motor taukeh tu bagitahu kalau ada masalah minyak enjin bocor, mungkin getah dia rosak. Nak rosak apa, sebelum tu tak bocor lansung. Lepas tu pulak dia bagitau masukkan minyak gear 2 botol. Minyak yang dia guna minyak yang sama dimasukkan oleh bengkel lain semasa aku servis skuter itu. Daripada tahun 2007 hingga 2011 , inilah pertama kali aku dengar mekanik masukkan 2 botol minyak gear.Sebelum ni 5 tahun aku servis masuk minyak gear satu botol saja.

Tak tahu lah aku mana satu yang betulnya. Sekarang aku tengah memantau ada bocor lagi tak lepas ni. Kalau ada kenalah aku mengulang ke bengkel semula..

tayar bocor



Rupanya senang saja nak selesaikan masalah tayar bocor ni dengan syarat tayar yang tak pakai tiub. Aku dah kena dua kali dah skuter aku pancit tengah jalan. Satu kali dekat lebuhraya nak pergi KLIA kena paku. Dalam 2 ke 3 KM lepas tu ada pusat rehat dan rawat. Kebetulan pula ada budak yang ambil upah tampal tayar bocor di situ. Masa tu ada sorang pelanggan. Aku pelanggan kedua. Oleh sebab pancit di tengah jalan kenalah aku bayar RM15.

Sekali lagi kena di Shah Alam, dicucuk mata gerudi.Nasib baik bocor tak jauh dari bengkel motor. Upah RM5 saja sebab di bengkel motor. Aku tengok mekanik tu buat macam senang sangat. Jadi aku pun carilah kit menampal tayar bocor tu di kedai hardware. Mula-mula aku tak reti buat tetapi sekarang aku dah tau caranya. Kit yang aku beli kali pertama pemegangnya dah patah sebab masih tak tau cara.Dah tau caranya, sebenarnya mudah saja..

New Scooter for Me

Copy from : http://wheels2nut.blogspot.com/2011/05/new-scooter-for-me.html

I love bikes, may it big or small. Been riding for the last 30+ years never been without a bike, the biggest I had is an 1100 the smallest was a 70 cub, the Honda C70. They say it the No. 1 bike according to Discovery Channel for what ever reason I don't know.


I commute daily on bike, previously when I need to travel daily 200+ kilometre I use the Beemer, now the distance has significantly reduce due to my new work place for the last 4 years, I use Scooter.
My old Scooter the Sym Joyride need replacing, decide to get its bigger brother Sym Joymax VTS 200. This Scooter is ideal for commuting its a joy to ride and light on the wallet too.


I can't stand the daily traffic jam, and I feel its a waste to have only one person in a car that can carry 5 for daily commute. Driving to work is a chore and most of the time I would end up worried about schedule.
I ride even when its rain cats and dogs, the only time I would stop and wait is when there is severe lightning storm, fearing on getting a strike is the reason.
I ride Scooter for the last 20 years and anyone that never tried a Scooter, I surely would recommend to try one. Its the most enjoyable ride one can have.

tajuk apa tak tau..






http://wheels2nut.blogspot.com/2011/08/sym-vts-200-coming-on-vacuum.html

http://wheels2nut.blogspot.com/2011/06/sym-vts-200-belt-replacement.html

Blog yang sungguh bermaklumat mengenai skuter SYM. Skuter ni sama macam Elegan juga cuma CC dia besar la sikit. Elegan 150CC, SYM GTS ni 200CC.

SYM sparepart di UK

http://www.symspares.co.uk/

Ikut minat masing-masing. Macam-macam ada..








CVT

SYM rebuild

Kymco








Di barat atau benua Eropah, skuter lebih popular. Mereka tak pakai kapcai macam Yamaha LC135 yg popular kat sini. Barangkali juga disebabkan saiz badan mat saleh tu yang besar.

Satu lagi aku perasan kebanyakan mereka juga pakai helmet fullface macam pelumba grandprix tu..

SYM Joyride



SYM Joyride buatan Taiwan sama dengan Modenas Elegan 150cc ?

small engine

How it work

Elegan custom

Wednesday, October 26, 2011

Pasal kereta la pulak

Tak terfikir lansung masa kecik-kecik dulu aku akan mampu pakai kereta. Tahun 1970an mereka yang pakai kereta dikategorikan sebagai orang kaya saja.Tapi hari ini kebanyakan orang dah mampu beli kereta. Kereta bukan lagi dilihat simbol kekayaan tetapi sebagai barang keperluan.Cuma kalau pakai kereta Bugati ke, Lamborghini ke, Ferrari ke barulah boleh dikatakan kaya. Itu kes dah tak tahu nak belanja duit ke mana..

Sebenarnya yang  tidak mampu membeli kereta pun masih ramai. Yang tidak mampu, motosikal adalah pilihan. Kena pergi kawasan pedalaman baru jumpa orang sebegini. Lagi pedalaman, motosikal digunakan hanya secukup syarat saja untuk bergerak. Tiada insuran.Tiada cukai jalan. Motosikal diguna untuk ke hutan rimba, ke sawah padi, ke kebun getah. Di bandar-bandar hampir tidak berjumpa mereka yang tidak memiliki kereta.

Aku pernah terbaca seorang motivator kewangan menulis. Seorang rakannya yang juga seorang profesor di sebuah universiti hanya membeli van terpakai sebagai kenderaan keluarga untuk balik ke kampung seisi keluarga.Jika dia bekerja luar kawasan,dia akan menaiki kenderaan awam sahaja. Tidak pernah dia membawa kereta. Ini lebih menjimatkan. Yang penting katanya bukan kereta tapi ada kenderaan. Jika diikut kemampuan dia boleh membeli kereta mercedes mata belalang. Tak tahulah aku sama ada betul atau tidak cerita motivator itu. Namun kisah itu memang ada kebenaran. Hendak merancang kewangan dengan baik, kata-kata profesor itu ada kewajarannya.

Kat bawah ni kereta yang aku guna. Semuanya kena berhutang nak membelinya.

Civic Second Generation - pertama kali pakai kereta. Pak mentua bagi. Tapi kena bayar bukannya free..Aku pernah tidur dalam kereta ini satu keluarga sebab rosak tengah jalan nak balik KL. Balik malam, tiada bengkel kereta yang buka. Nasib baik dekat pekan Teluk Intan. Kalau dekat kawasan sunyi teruk la jawabnya. Masa ini telefon bimbit masih belum popular lagi. Semua bergantung pada telefon awam. Akhirnya aku pulang balik kereta ini sebab asyik hendak rosak saja lepas kena overhaul dekat kampung Baru KL.

Proton Orient First Generation 1985
Tahun 1994 baru aku dapat beli kereta sendiri. Itupun kereta terpakai . Beli dekat Jln Kelang Lama. RM19,900.lima tahun bayar baru habis bayar. Masa tu maksimum tempoh bayar ialah 5 tahun. Sebelum beli kereta ni aku cuba juga pergi ejen proton kat kedai. Masa tu proton iswara sedan baru keluar.RM31000. Bayar muka masa tu kena ada 10% tak kira la beli baru ke ,terpakai ke mesti ada duit muka 10%. Tak ada duit jangan mimpi la nak beli kereta baru. Tak macam sekarang. Bayar RM1000 je kereta dah boleh keluar.Bayar pulak boleh sampai 9 tahun. Memang jenis nak menggalakkan orang berhutang betul..

 
Kancil 850cc ni kereta kedua aku. Beli baru sebab hanya ini yg mampu beli. Kereta lain masih tak mampu beli lagi. Masa ni sedang dalam proses nak membeli rumah. Beli rumah masa tu juga kena ada duit muka 10%.  Anak dah masuk empat orang dah. Yang bebudak ni pulak asyik nak bergaduh dalam kereta. Kalau tidur tu semua nak baring. Konker tempat duduk. Tak tahan anak asyik nak bergaduh dalam kereta mulalah aku fikir nak cari yang besar sikit. Kalau beli kereta memang la tak muat. 

Masa ni MPV paling murah Toyota Unser. Harga pulak RM75000. Beli terpakai masih RM70000. Memang tak mampu nak bayar ansuran dia. Pilihan yang ada ialah membeli van. Rusa atau Nissan. Akhirnya aku beli Nissan vannete sebab van ni agak ada nilai sikit kalau hendak dijual semula.Jadi kancil tu aku jual dan ganti dengan Nissan Vannete berharga RM65000.

Memang dah pe'el bebudak suka bergaduh. Duduk dalam van tu mereka bergaduh juga. Tujuh tahun berhutang membayar van ni baru selesai. Punyalah lama. Selesalah juga menggunakan van ini tapi yang aku tak tahan kenderaan ni tak boleh dipandu laju. Seksa betul kalau nak berjalan jauh.Lambat sampai. Van ni juga tak bergaya sangat. Banyak orang guna meniaga pasar malam .Akhirnya kena jual juga van ini. buat modal beli kereta kat bawah ini.


Kereta aku yang terakhir ni sampai separuh abad umur aku berhutang baru habis bayar. Tak bangga lansung aku..
Kancil ini sebagai kenderaan kedua. Beli terpakai RM12000. Kereta yang menjimatkan.

Prinsip aku memakai kereta jangan tiru orang. Kalau tiru orang bankrap la jawabnya..


Nota: semua foto di atas sekadar hiasan semata. Orang lain punya foto. Lupa pulak nak bagi kredit sebab copy foto dari internet.

Tuesday, October 25, 2011

Carburetor



vacumm...ooo ni la barang yg aku ganti tadi..

Laju kan main Elegan ni..



he he...ni video suzuki hayabusya

Jadi la dok tengok video dan gambar superbike je. Nak beli aku tak mampu. Harap minat je tak kemana. Mahal kan main motor ni. Tu pasal aku guna kapcai dan skuter Elegan je..

change roller

Variator

Dr Pulley

Drive belt

Clucth spring

CVT

Aprilia Gillera

Scooter Aprilia Gillera. Sama lebih kurang macam Elegan juga ni. Tapi harga dia tak mampu la nak beli. harga macam superbike je.

masuk gambar dulu citer kemudian

tak tahu apa benda kat atas ni

aku agak ini pam minyak kot. motor lain mana ada pam minyak. kereta ada la..

kotor kan main. penuh debu. dari luar memang nampak bersih.

CVT system. sepatutnya gambar ni bergerak. ada animasi..

Kuda

http://wanzulhamli.com/blog/?p=122



Minyak naik? Terus saya buat keputusan untuk membeli moto. Setelah di pikir-pikir, skuter Modenas Elegan menjadi pilihan. Namun disebabkan “financial limitation” rumah baru, elegan terpakai menjadi taruhan. Alhamdulillah, setelah 3 bulan memiliki “kuda” baru ini, tiada masalah. Malah penjimatan sehingga setengah k sebulan dpt  dijimatkan. Kenaikan harga minyak dan juga lokasi ofis yang baru memaksa saya membuat pilihan ni…bak kata Pak Lah (kunun), “berubah”.
Beberapa penambahan aksesori skuter dibuat secara DIY bersama sifu-sifu elegan yang lain. Hon dan “running light”, semua atas “safety purposes”. Seronok rupanya naik skuter. Tanpa penukaran gear secara manual (auto), memang mudah bergerak disekitar KL. Lagi-lagi kalau bergerak di atas highway Ampang-KLCC atau Putrajaya-KL, memang jauh mata memandang berbanding memandu Perdana V6 (bergerak seminggu sekali)  yang sememangnya banyak “view limitation”.
Dengan seat yang luas permukaanya untuk penunggang dan pembonceng, dan juga ruang yang besar untuk menyimpan barang, memang memberi banyak kelebihan kepada Modenas Elegan. Isian penuh petrol hanya 8.5 liter atau RM17, dan sejauh 280km dengan mudah dapat dicapai.  Cuma kekurangannya ialah, terpaksa lebih berhati-hati atau “extra pre-caution” semasa menyelit di “traffic jam” berbanding dengan motor kapcai yang lain. Bergerak membelah “traffic” amat mudah tetapi jika tersilap langkah memang bahaya.
Sekali-skala dapat juga dipulas “throttle” sehingga kelajuan 130KMH namun hanya untuk beberapa saat. Tidak berani untuk diteruskan…hehe

Barang kena ganti. Apa nama dia ntah..

Ini la barang yang aku ganti hari ni.
Duduk dalam karburetor. RM95 .
Lepas tu ganti jarum RM48.
Campur Minyak enjin Shell RM29.90
Minyak gear RM24. Kata taukeh tu dia masukkan dua botol. Sebelum ni tak pernah pulak mekanik masukkan dua botol. Aku tak nampak la pulak dia masukkan minyak ni sebab motor skuter aku kena tingggal kat kedai.
Upah kerja RM35.

Mekanik tu minta RM230 je. Kalau tak semua RM231.90

Nasib baik rosak kawasan rumah aku je. Macamana kalau rosak kat tempat lain. jauh pulak dari bengkel motor. Tak ke naya. Rasa nak merajuk la aku ngan motor skuter ni. Macam nak jual pun ada..tapi ntah la berapa lakunya..Dulu aku beli motor ni dalam RM7000.

Laman elegen lain

http://bgtoriginal.blogspot.com/2009_10_01_archive.html

Maklumat dapat dari kedai kat bawah ni la

Ban Guan Thye Enterprise Sdn Bhd
84 JALAN BANGSAR, KUALA LUMPUR, Malaysia
ESTABLISHED SINCE 1965
 
 

Apa benda ni ntah. Tak tau aku apadia..

http://www.autoshift.net/forums/lofiversion/index.php/t3520.html
autoclucth
carb?

mangkuk?

Roller

Kisah aku dan motor

Masa kecik aku naik basikal je

Raleigh jenama basikal yang cukup terkenal masa dulu

 Masa sekolah aku tengok je orang naik moto. Nak beli tak boleh. Tapi bapak aku ada le sebiji moto honda cup 70cc. Jadi boleh la belajar bawak.


Tahun awal 80 dulu ramai bebudak muda kampung aku yg kerja di KL masa balik kg diorang bawa motor Suzuki Kapcai tu. Aku punya la minat kat motor ni dan rasa kalau dah besar esok nak beli la. Punya la tak paham yg teknologi motor ni akan berubah. Masa berlalu  motor tu mesti dah tak keluar lagi.



Bila aku mula kerja abang aku jual  motor dia kat aku. Yamaha Y80. RM1000 . Dia sesak duit masa tu.  Enam bulan lepas tu dia ambik balik dan bagi aku motor Yamaha RS100 dan bagi balik RM500. Laju kan main motor RS100 ni tapi asap banyak. Last-last aku jual motor ni RM270 je . Duitnya aku buat ambik lesen B2 dan D. Sebelum tu aku pakai lesen L saja. Hampir 3 tahun pakai lesen L. Rugi betul sebab 3 bulan kena bayar RM30.

Motor aku yang pertama aku beli dengan duit aku sendiri. Yamaha Cup Y80 di Teluk Intan. Motor terpakai.Akhirnya aku bagi kat bapak aku je motor ni. Dah kondem dah motor ni. Entah mana perginya. Motor ni satu masa kena tahan kat balai polis ampang. Tak ada cukai jalan.Masa tu aku ni tak ada kesedaran bab-bab nak bayar cukai jalan motor ni. Kena tahan 'roadblock' di Taman Kosas. Tak pasal-pasal aku kena tolak motor 2KM ke balai polis Ampang. Terpaksa lah aku hidupkan cukai jalan dulu baru boleh ambil semula motor tu.

Motor aku seterusnya Honda C90 beli terpakai juga. Masa ni aku dah ada kereta dah.Kereta pertama aku pakai. Baru nak hidup berkeluarga la katakan.Mana mampu beli kereta baru. Proton Orient tahun 1985 terpakai. Aku tak boleh pergi kerja naik kereta sebab laluan  pergi kerja berbukit. Bukit Ampang. Ada bahagian kat bukit tu  runtuh dan kereta tak boleh lalu. Terpaksa la aku pergi kerja naik motor sebab hanya motor saja yang boleh lalu di situ. Motor ni dah kondem kat kampung pak mentua aku.


Kota raya Kuala Lumpur dari atas Bukit Ampang pada waktu malam. KLCC dan Menara KL jelas kelihatan.

Bukit Ampang waktu Siang. Nampak Kota raya Kuala Lumpur.

Tahun 1998 aku beli pulak motor Suzuki RU110. Motor ni adik Suzuki RGV120 cc. Lama-lama aku tak berkenan motor ni sebab banyak asap. Aku bagi adik aku je motor ni lepas aku beli skuter Elegan pada tahun 2007.
Elegan ni aku beli tahun 2007. Masa tu harga minyak naik mendadak. Aku pulak selalu kena pergi Shah Alam. 60KM dari rumah aku.Ada 4 tol aku kena bayar nak pergi kerja. Mana tahan kalau naik kereta. Dua tiga bulan lepas aku beli skuter ni minyak turun balik. Tak kan la nak jual balik pulak.
 

Tengok orang pakai Yamaha LC135, teringin la pulak nak pakai. Jadi aku pun beli la juga motor ni. Lepas pakai rasa-rasa best lagi motor Suzuki aku yang lama dulu. Lebih pick-up dari LC.



Itu la kisah aku dengan motor. Motor ni terutama yang harga dia murah bawah RM10,000 ni digunakan oleh ramai orang. Orang tak berduit macam aku ni guna motor kapcai saja la kerana kosnya murah. Orang  yang mampu  akan beli motor mahal macam superbike tu.