Wednesday, October 26, 2011

Pasal kereta la pulak

Tak terfikir lansung masa kecik-kecik dulu aku akan mampu pakai kereta. Tahun 1970an mereka yang pakai kereta dikategorikan sebagai orang kaya saja.Tapi hari ini kebanyakan orang dah mampu beli kereta. Kereta bukan lagi dilihat simbol kekayaan tetapi sebagai barang keperluan.Cuma kalau pakai kereta Bugati ke, Lamborghini ke, Ferrari ke barulah boleh dikatakan kaya. Itu kes dah tak tahu nak belanja duit ke mana..

Sebenarnya yang  tidak mampu membeli kereta pun masih ramai. Yang tidak mampu, motosikal adalah pilihan. Kena pergi kawasan pedalaman baru jumpa orang sebegini. Lagi pedalaman, motosikal digunakan hanya secukup syarat saja untuk bergerak. Tiada insuran.Tiada cukai jalan. Motosikal diguna untuk ke hutan rimba, ke sawah padi, ke kebun getah. Di bandar-bandar hampir tidak berjumpa mereka yang tidak memiliki kereta.

Aku pernah terbaca seorang motivator kewangan menulis. Seorang rakannya yang juga seorang profesor di sebuah universiti hanya membeli van terpakai sebagai kenderaan keluarga untuk balik ke kampung seisi keluarga.Jika dia bekerja luar kawasan,dia akan menaiki kenderaan awam sahaja. Tidak pernah dia membawa kereta. Ini lebih menjimatkan. Yang penting katanya bukan kereta tapi ada kenderaan. Jika diikut kemampuan dia boleh membeli kereta mercedes mata belalang. Tak tahulah aku sama ada betul atau tidak cerita motivator itu. Namun kisah itu memang ada kebenaran. Hendak merancang kewangan dengan baik, kata-kata profesor itu ada kewajarannya.

Kat bawah ni kereta yang aku guna. Semuanya kena berhutang nak membelinya.

Civic Second Generation - pertama kali pakai kereta. Pak mentua bagi. Tapi kena bayar bukannya free..Aku pernah tidur dalam kereta ini satu keluarga sebab rosak tengah jalan nak balik KL. Balik malam, tiada bengkel kereta yang buka. Nasib baik dekat pekan Teluk Intan. Kalau dekat kawasan sunyi teruk la jawabnya. Masa ini telefon bimbit masih belum popular lagi. Semua bergantung pada telefon awam. Akhirnya aku pulang balik kereta ini sebab asyik hendak rosak saja lepas kena overhaul dekat kampung Baru KL.

Proton Orient First Generation 1985
Tahun 1994 baru aku dapat beli kereta sendiri. Itupun kereta terpakai . Beli dekat Jln Kelang Lama. RM19,900.lima tahun bayar baru habis bayar. Masa tu maksimum tempoh bayar ialah 5 tahun. Sebelum beli kereta ni aku cuba juga pergi ejen proton kat kedai. Masa tu proton iswara sedan baru keluar.RM31000. Bayar muka masa tu kena ada 10% tak kira la beli baru ke ,terpakai ke mesti ada duit muka 10%. Tak ada duit jangan mimpi la nak beli kereta baru. Tak macam sekarang. Bayar RM1000 je kereta dah boleh keluar.Bayar pulak boleh sampai 9 tahun. Memang jenis nak menggalakkan orang berhutang betul..

 
Kancil 850cc ni kereta kedua aku. Beli baru sebab hanya ini yg mampu beli. Kereta lain masih tak mampu beli lagi. Masa ni sedang dalam proses nak membeli rumah. Beli rumah masa tu juga kena ada duit muka 10%.  Anak dah masuk empat orang dah. Yang bebudak ni pulak asyik nak bergaduh dalam kereta. Kalau tidur tu semua nak baring. Konker tempat duduk. Tak tahan anak asyik nak bergaduh dalam kereta mulalah aku fikir nak cari yang besar sikit. Kalau beli kereta memang la tak muat. 

Masa ni MPV paling murah Toyota Unser. Harga pulak RM75000. Beli terpakai masih RM70000. Memang tak mampu nak bayar ansuran dia. Pilihan yang ada ialah membeli van. Rusa atau Nissan. Akhirnya aku beli Nissan vannete sebab van ni agak ada nilai sikit kalau hendak dijual semula.Jadi kancil tu aku jual dan ganti dengan Nissan Vannete berharga RM65000.

Memang dah pe'el bebudak suka bergaduh. Duduk dalam van tu mereka bergaduh juga. Tujuh tahun berhutang membayar van ni baru selesai. Punyalah lama. Selesalah juga menggunakan van ini tapi yang aku tak tahan kenderaan ni tak boleh dipandu laju. Seksa betul kalau nak berjalan jauh.Lambat sampai. Van ni juga tak bergaya sangat. Banyak orang guna meniaga pasar malam .Akhirnya kena jual juga van ini. buat modal beli kereta kat bawah ini.


Kereta aku yang terakhir ni sampai separuh abad umur aku berhutang baru habis bayar. Tak bangga lansung aku..
Kancil ini sebagai kenderaan kedua. Beli terpakai RM12000. Kereta yang menjimatkan.

Prinsip aku memakai kereta jangan tiru orang. Kalau tiru orang bankrap la jawabnya..


Nota: semua foto di atas sekadar hiasan semata. Orang lain punya foto. Lupa pulak nak bagi kredit sebab copy foto dari internet.

No comments:

Post a Comment