Tuesday, October 25, 2011

Kisah aku dan motor

Masa kecik aku naik basikal je

Raleigh jenama basikal yang cukup terkenal masa dulu

 Masa sekolah aku tengok je orang naik moto. Nak beli tak boleh. Tapi bapak aku ada le sebiji moto honda cup 70cc. Jadi boleh la belajar bawak.


Tahun awal 80 dulu ramai bebudak muda kampung aku yg kerja di KL masa balik kg diorang bawa motor Suzuki Kapcai tu. Aku punya la minat kat motor ni dan rasa kalau dah besar esok nak beli la. Punya la tak paham yg teknologi motor ni akan berubah. Masa berlalu  motor tu mesti dah tak keluar lagi.



Bila aku mula kerja abang aku jual  motor dia kat aku. Yamaha Y80. RM1000 . Dia sesak duit masa tu.  Enam bulan lepas tu dia ambik balik dan bagi aku motor Yamaha RS100 dan bagi balik RM500. Laju kan main motor RS100 ni tapi asap banyak. Last-last aku jual motor ni RM270 je . Duitnya aku buat ambik lesen B2 dan D. Sebelum tu aku pakai lesen L saja. Hampir 3 tahun pakai lesen L. Rugi betul sebab 3 bulan kena bayar RM30.

Motor aku yang pertama aku beli dengan duit aku sendiri. Yamaha Cup Y80 di Teluk Intan. Motor terpakai.Akhirnya aku bagi kat bapak aku je motor ni. Dah kondem dah motor ni. Entah mana perginya. Motor ni satu masa kena tahan kat balai polis ampang. Tak ada cukai jalan.Masa tu aku ni tak ada kesedaran bab-bab nak bayar cukai jalan motor ni. Kena tahan 'roadblock' di Taman Kosas. Tak pasal-pasal aku kena tolak motor 2KM ke balai polis Ampang. Terpaksa lah aku hidupkan cukai jalan dulu baru boleh ambil semula motor tu.

Motor aku seterusnya Honda C90 beli terpakai juga. Masa ni aku dah ada kereta dah.Kereta pertama aku pakai. Baru nak hidup berkeluarga la katakan.Mana mampu beli kereta baru. Proton Orient tahun 1985 terpakai. Aku tak boleh pergi kerja naik kereta sebab laluan  pergi kerja berbukit. Bukit Ampang. Ada bahagian kat bukit tu  runtuh dan kereta tak boleh lalu. Terpaksa la aku pergi kerja naik motor sebab hanya motor saja yang boleh lalu di situ. Motor ni dah kondem kat kampung pak mentua aku.


Kota raya Kuala Lumpur dari atas Bukit Ampang pada waktu malam. KLCC dan Menara KL jelas kelihatan.

Bukit Ampang waktu Siang. Nampak Kota raya Kuala Lumpur.

Tahun 1998 aku beli pulak motor Suzuki RU110. Motor ni adik Suzuki RGV120 cc. Lama-lama aku tak berkenan motor ni sebab banyak asap. Aku bagi adik aku je motor ni lepas aku beli skuter Elegan pada tahun 2007.
Elegan ni aku beli tahun 2007. Masa tu harga minyak naik mendadak. Aku pulak selalu kena pergi Shah Alam. 60KM dari rumah aku.Ada 4 tol aku kena bayar nak pergi kerja. Mana tahan kalau naik kereta. Dua tiga bulan lepas aku beli skuter ni minyak turun balik. Tak kan la nak jual balik pulak.
 

Tengok orang pakai Yamaha LC135, teringin la pulak nak pakai. Jadi aku pun beli la juga motor ni. Lepas pakai rasa-rasa best lagi motor Suzuki aku yang lama dulu. Lebih pick-up dari LC.



Itu la kisah aku dengan motor. Motor ni terutama yang harga dia murah bawah RM10,000 ni digunakan oleh ramai orang. Orang tak berduit macam aku ni guna motor kapcai saja la kerana kosnya murah. Orang  yang mampu  akan beli motor mahal macam superbike tu.

No comments:

Post a Comment