Thursday, October 27, 2011

Leaking pulak

Hari ni aku nak pergi solat Jumaat tengok kat lantai ada minyak hitam pulak. Alahai, ada minyak enjin bocor pulak. Sebelum aku pergi hantar bengkel, skuter Elegan aku takde pulak masalah minyak enjin dia bocor. Cuma tak boleh hidup enjinnya saja.Start enjin kemudian hidup sekejap, lepas tu mati semula. Aku memang dah syak ini ada kaitan dengan masalah sistem bahanapi. Petrol tak naik. Sebelum aku hantar bengkel, mekanik tempat aku beli skuter tu dulu bagitahu, kalau pam minyak rosak.Dia tak boleh hidup lansung. Kalau boleh hidup lepas tu mati semula itu mesti benda lain yang rosak.

Mentang-mentang lah aku tak reti baiki enjin. Aku cuak juga ni sebab masa nak ambik motor taukeh tu bagitahu kalau ada masalah minyak enjin bocor, mungkin getah dia rosak. Nak rosak apa, sebelum tu tak bocor lansung. Lepas tu pulak dia bagitau masukkan minyak gear 2 botol. Minyak yang dia guna minyak yang sama dimasukkan oleh bengkel lain semasa aku servis skuter itu. Daripada tahun 2007 hingga 2011 , inilah pertama kali aku dengar mekanik masukkan 2 botol minyak gear.Sebelum ni 5 tahun aku servis masuk minyak gear satu botol saja.

Tak tahu lah aku mana satu yang betulnya. Sekarang aku tengah memantau ada bocor lagi tak lepas ni. Kalau ada kenalah aku mengulang ke bengkel semula..

No comments:

Post a Comment